Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kadar bayaran wad kelas tiga kekal RM3 semalam'
Diterbitkan:  Feb 1, 2017 1:05 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kenaikan harga wad hospital awam tidak akan membebankan golongan miskin.

Ini kerana, kata beliau, bayaran untuk wad kelas tiga akan kekal pada kadar RM3 semalam.

Hanya kadar bayaran wad kelas pertama dan kedua di hospital awam naik masing-masing, 50 peratus dan 20 peratus bermula 1 Januari yang lalu.

Jelas beliau, Kabinet memutuskan untuk menaikkan caj tersebut setelah tidak pernah disemak sejak sekian lama.

"Saya ingin yakinkan rakyat Malaysia bahawa kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.

"Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang tinggi seperti sebelum ini," kata Subramaniam dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian itu, hari ini.

Kadar bayaran wad kelas pertama naik daripada RM30 kepada RM45 sehari mulai tahun ini manakala kadar bayaran wad kelas kedua meningkat dari RM20 kepada RM25 semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS