Polis akan memantau segala pergerakan Selva Kumar Subbiah, perogol bersiri yang didapati bersalah dengan dikenakan hukuman penjara selama 24 tahun di Kanada dan bakal pulang ke tanahair, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, walaupun polis Malaysia juga sedar mengenai kepulangannya, terdapat batasan undang-undang mengenai apa yang boleh dilakukan.

Kepada satu soalan, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa polis tidak mempunyai alasan untuk meminta Selva Kumar yang kini berusia 56 tahun untuk melapor diri ke balai polis secara berkala bagi tujuan pengawasan.

Bagaimanapun, Khalid memberi jaminan semua langkah akan diambil bagi memastikannya tidak menimbulkan sebarang ancaman.

"Saya tahu, sedar tentang kepulangannya. Saya juga kecewa kerana wujud batasan undang-undang. Tetapi kami akan melakukan semua yang mungkin untuk memantaunya," jelas beliau.

Tegas Khalid, pihak polis akan bekerjasama dengan kumpulan sukarelawan untuk memantau pergerakannya.

Selva Kumar disyaki telah menyerang 1,000 wanita dan menurut laporan mempunyai fail jenayah yang sangat banyak.

[Baca berita penuh]