Calon Star jelaskan rasional 'misi bunuh diri'
Calon daripada Parti Reformasi Negeri (STAR) pada pilihan raya kecil Tanjung Datu mengakui beliau mungkin kalah, tetapi menjelaskan pencalonannya parlu pada PRK itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Johnny Bob Aput berkata tanpa memberi kemenangan percuma kepada BN akan memaksa gabungan itu membuat lebih banyak janji bagi membawa pembangunan.
Membandingkan partinya seperti "pasukan bola sepak kampung" yang menentang kelab Barcelona yang menggerunkan, Johnny Bob mengakui perkara terbaik yang partinya boleh harapkan adalah sekurang-kurangnya mengekalkan wang deposit.
"Kita tahu Star hampir pasti akan kehilangan wang deposit pilihan raya, tetapi jika pengorbanan kita ini boleh membawa lebih banyak pembangunan ke Tanjong Datu, jadi biarkan.
"Tunggu, semasa berkempen, anda akan lihat ketua menteri, menteri-menteri Sarawak, menteri persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang turun ke Tanjong Datu untuk memancing undi dengan menjanjikan lebih banyak projek-projek kemajuan dan pembangunan baru.
"Sekali lagi, Star tidak boleh membiarkan BN menang tanpa bertanding. Dengan adanya BN menang dengan cara itu, rakyat di Tanjong Datu tidak akan mendapatkan apa-apa projek baru dan pembangunan. Jadi bertanding pada pilihan raya kecil ini, Star akan hampir pasti kalah, tetapi rakyat di sini akan menjadi pemenang," katanya.
Tiada satu pun daripada parti-parti pembangkang utama yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN Jamilah Anu, calon Star Johnny Bob dan calon Parti Bangsa Dayak Sarawak (PDBSB) Baru, Rapelson Richard Hamit.

