Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan PAS di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.

"Kerjasama yang terjalin seperti dalam misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan PAS dalam misi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan Umno Bahagian Alor Setar di Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini. 

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata pihak pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

"Mereka perlu faham bahawa peruntukan yang disediakan itu adalah hanya untuk anggota Parlimen daripada BN manakala pihak pembangkang perlu mencari dana atau peruntukan sendiri.

"Malah wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka," katanya. -Bernama

Lihat Komen
ADS