PM: Hayati semangat perpaduan dalam kepelbagaian
Diterbitkan: Feb 8, 2017 9:57 PM | Dikemas kini: Feb 8, 2017 9:58 PM
Sempena sambutan Thaipusam esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menghayati semangat perpaduan dalam kepelbagaian.
Dalam catatan terbaharunya menerusi laman blog rasmi beliau, Najib berkata semangat berkenaan telah menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian di negara ini.
"Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kita sememangnya sangat bertuah kerana dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana yang aman dan harmoni.
"Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu," katanya.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.