Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bayaran pinjaman PTPTN di 11 IPTA lewat
Diterbitkan:  Feb 9, 2017 9:30 PM
Dikemaskini: 1:36 PM

Penuntut di 11 universiti awam berdepan kelewatan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, PTPTN berkata kelewatan itu disebabkan agensi berkenaan belum menerima butiran pengesahan status pengajian daripada universiti terbabit.

"Dijangkakan maklumat tersebut akan diterima oleh PTPTN pada minggu ketiga Februari dan bayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar antara 7 Mac hingga 10 Mac 2017," kata kenyataan itu hari ini.

Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terlibat dalam kelewatan itu ialah Universiti Sains Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia - Space, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknikal Melaka dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Berdasarkan jadual awal IPTA sepatutnya mengemukakan butiran berkenaan pada pertengahan Januari dan pembayaran daripada PTPTN dibuat pada akhir Januari lalu.

Ekoran kelewatan itu, sesetengeh penuntut menyatakan kekecewaan mereka pada akaun Facebook PTPTN.

Uddin Saini misalnya, berkata: "Ermmm.. kalau lambat seminggu bolehlah terima... ini sebulan kot.... orang dah berhabis duit nak beli tiket.... dengan harapan pt keluar minggu pertama kuliah......tak faham dengan PTPTN ni........ minta bayar bukan main laju....gerammmm."

Bagaimanapun Dablo Haruki pula berkata, PTPTN tidal patut dipersalahkan atas kesilapan universiti.

"Yang aku faham la. Kelewatan duit PTPTN sampai ke pelajar sebab universiti tu sendiri yang lambat update (kemas kini) ke PTPTN berkenaan status pelajar.

"So yang berlaku kepincangan dalam pengurusan ni pihak pentadbiran universiti la. Sebab dulu duit PTPTN aku masuk lambat, aku call bahagian pengurusan pelajar. Dia orang cakap aku masuk dalam kelompok kedua sebab universiti sendiri yang lambat update ke PTPTN," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS