Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'IGP harus berani dialog dengan 100 NGO'
Diterbitkan:  Feb 14, 2017 2:36 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengundang polis untuk menghadiri sesi dialog berkaitan permasalahan mesin judi slot yang kini melanda seluruh negara.

Menurut presiden NGO itu, Datuk Azwanddin Hamzah, cadangan dialog bertajuk “Premis Mesin Judi Slot” dengan lebih 100 buah NGO dari seluruh negara dihadiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Ketua Polis Negara harus berani tampil dan berdialog bersama 100 NGO, masyarakat dan pihak media untuk mencari titik persamaan demi untuk kepentingan negara.

“Sesi dialog ini juga dapat menyelesaikan salah faham yang timbul apabila berlakunya penangkapan oleh pihak berkuasa terhadap beberapa pemimpin NGO yang bertindak terhadap premis judi slot ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Azwanddin juga mendakwa bahawa masyarakat memberikan persepsi yang negatif terhadap pihak polis berhubung apa yang berlaku.

“Sesi ini juga diwujudkan sebagai sesi meja bulat bagi merumuskan tentang kaedah yang harus dilakukan bagi tujuan membanteras kegiatan mesin judi slot ini,” katanya sambil menambah jemputan akan diedarkan tidak lama lagi.

Merapatkan hubungan polis-NGO

Pada 2 Januari lalu, Jamal yang juga adalah ketua Umno bahagian Sungai Besar bersama sembilan penyokongnya ditahan polis berhubung kes samun berkumpulan.

Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umno itu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

Serbuan Jamal ke pusat perjudian yang dikatakan itu adalah sebahagian daripada kempen beliau untuk menyerlahkan dakwaanya berhubung kegagalan kerajaan negeri Selangor dalam membendung aktiviti haram.

Mengulas lanjut, Azwandin berkata, sesi dialog itu adalah juga bertujuan merapatkan hubungan komunikasi bersama NGO dan pihak berkuasa sekaligus mewujudkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Sudah tiba masanya semua pihak berbincang secara intelektual tentang premis mesin judi ini supaya tidak ada pihak yang dipersalahkan.

“Ini adalah saluran yang tepat bagi membincangkan isu mesin judi slot, di dalam sesi ini pihak berkuasa dapat memberi panduan dan khidmat yang lebih berbentuk ilmiah dan efisien,” katanya.

Lihat Komen
ADS