Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gobind: Utamakan dasar bersama berbanding logo
Diterbitkan:  Feb 16, 2017 4:11 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mesti mengutamakan rangka kerja dasar bersama mereka sebelum membuat keputusan mengenai perkara lain seperti menggunakan logo sama, kata ahli parlimen DAP Gobind Singh Deo.

Ahli Parlimen Puchong itu berkata rangka kerja dasar bersama adalah lebih penting kerana ia akan menentukan hala tuju gabungan itu pada pilihan raya akan datang dan tindakan seterusnya.

"Orang ramai perlu yakin bahawa kami bukan hanya di sini untuk mencapai matlamat jangka pendek tetapi kami mahu kekal dan mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik daripada BN.

“Sama ada atau tidak semua parti boleh komited untuk berjanji akan kekal dalam hubungan kerja yang kukuh bergantung kepada ini.

“Jadi ini mesti menjadi keutamaan kami," kata ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP dalam satu kenyataan hari ini.

Gobind berkata beliau menyedari keperluan segera untuk menghentikan "ancaman kleptokrasi", tetapi itu sahaja tidak cukup untuk memacu pembangkang.

"Kita mesti jelas dengan apa yang kita mahu dan hala tuju kita sekiranya berjaya menewaskan BN dan kita perlu menjelaskan pendirian itu sekarang sebelum pilihan raya akan datang.

"Tanpa ini, logo yang sama dan gabungan pembangkang akan kehilangan kepentingan sebenar dan tarikan kerana orang ramai tidak yakin dengannya dalam jangka masa panjang," katanya.

Gobind merujuk kepada saranan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti-parti pembangkang mesti mengutamakan pakatan mereka terlebih dahulu sekiranya mereka mahu berjaya dalam pilihan raya akan datang.

Pakatan pembangkang, katanya, mesti belajar untuk membantu satu sama lain, dan tidak hanya memikirkan tentang parti sendiri tetapi hendaklah memikirkan tentang pakatan tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS