Bekas perisik Korea Utara Kim Hyon-hui berkata mereka yang dikatakan pembunuh abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un kelihatan macam amatur, lapor akhbar Mainichi hari ini.

Kim Jong-nam - abang tiri Kim Jong-un - mati dikatakan dalam satu pembunuhan pada hari Isnin di Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 berhampiran ibu negara Malaysia.

Polis Malaysia hari ini berkata mereka telah menangkap seorang lelaki Korea Utara berkaitan dengan pembunuhan itu, selepas menahan dua suspek wanita awal minggu ini.

Kim Hyon-hui, yang mengebom sebuah pesawat Korea Air pada tahun 1987 selepas dilatih sebagai ejen Korea Utara, memberitahu akhbar Jepun itu dalam satu temu bual bertulis bahawa tidak terfikir bahawa wanita tersebut menerima latihan yang ketat.

"Saya rasa ia mencurigakan. Mereka tidak kelihatan seperti telah mendapat pendidikan psikologi dan fizikal yang ketat dan latihan di Korea Utara," Kim Hyon-hui kepada akhbar itu.

Dia juga menegaskan kaitan dengan Korea Utara kerana ianya pembunuhan itu berlaku hampir dengan tarikh hari lahir mendiang Kim Jong-il - bapa kepada Kim Jong-un dan Kim Jong-nam - pada 16 Februari, dan anak saudara Kim Jong-il, Lee Han-young ditembak mati pada 15 Februari 1997.

Lee Han-young, seorang pembelot Korea Utara, telah ditembak dan dibunuh di Korea Selatan oleh dua penyerang yang tidak pernah ditangkap tetapi disyaki sebagai ejen Korea Utara.

Kim Hyon-hui dan seorang lagi perisik Korea Utara, memasang bom pada pesawat Korean Air pada 1987, setahun sebelum Korea Selatan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik. Semua 115 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila pesawat itu meletup di udara Teluk Bengal.

Kim dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Seoul tetapi mendapat pengampunan presiden pada tahun 1990. [Baca berita penuh]

- Reuters