Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO mahu ‘pensyarah rasis UM’ dipecat
Diterbitkan:  Feb 28, 2017 1:36 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

Universiti Malaya (UM) mesti segera menamatkan perkhidmatan seorang pensyarah yang dituduh membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap pelajar kaum India, kata Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) hari ini.

Menurut NGO itu, adalah tidak mencukupi sekadar menggantung atau menukar pensyarah berkenaan ke universiti lain ataupun penukaran ke jabatan agensi lain, kerana ini tidak akan menghantar mesej bahawa tingkah laku sedemikian tidak boleh diterima.

“Disebabkan tiada tindakan yang keras diambil walaupun banyak aduan diterima sebelum ini, maka perkara ini tidak ada jalan penentuan dan kerap kali berulang di kebanyakan pusat pegajian dan sekolah.

“Pensyarah tersebut harus menunjukkan contoh yang baik, mengutamakan prinsip Rukun Negara yang menjadi asas dalam memupuk nilai-nilai murni sebagai tenaga pengajar yang mengeratkan perpaduan serta bersifat toleransi dan bukannya membawa isu perkauman di universiti,” kata Setiausaha Agung Mipas S Barathidasan.

UM telah membentuk satu panel lima anggota untuk menyiasat dakwaan yang dibuat di Facebook di mana pensyarah berkenaan dilapor melarang pelajar kaum India daripada duduk bersebelahan antara satu sama lain, dengan alasan mereka cenderung “meniru dan memplagiat tugasan.”

Khamis lalu, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata, Naib Canselor UM Prof Dr Amin Jalaludin memberi jaminan kepadanya bahawa universiti tidak membenarkan tingkah laku itu.

Menurut posting Facebook, yang menjadi tular, pensyarah itu didakwa berkata: "India, saya tak suka India duduk bersama-sama. Jangan bawa budaya Unitar ke sini. India duduk sama-sama lepas itu akan tiru assignment dan plagiarise. Saya kenal India".

Penulis berkenaan mendakwa pensyarah itu kemudian mengarahkannya menukar tempat duduk sebelum menghina pelajar India lain di kelas tersebut.

Menurut posting itu, ini bukan kali pertama pensyarah berkenaan menghina penulis dan pelajar lain.

 

Lihat Komen
ADS