Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Pembalakan komersial punca Sungai Balui tersekat’
Diterbitkan:  Mar 2, 2017 4:02 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Aktiviti pembalakan komersial dikenal pasti sebagi punca yang menyebabkan timbunan kayu hanyut sepanjang kira-kira 30km di sepanjang Sungai Balui di Sarawak.

Sungai Balui hanya terletak kira-kira 130 km dari empangan hidroelektrik Bakun dan termasuk dalam kawasan empangan itu.

"Punca bagi jumlah besar (kayu) berkumpul bukan secara semula jadi.

"Berdasarkan jumlah itu, ia pasti bukan dari aktiviti pertanian yang biasanya dijalankan oleh penduduk kampung di Sarawak, tetapi sebaliknya adalah aktiviti pembalakan komersial,” kata NGO Save River.

Menurut laporan The Borneo Post, timbunan kayu itu terkumpul di sepanjang sungai itu sejak 2011 dan kawasan paling sesak adalah di sekitar Long Jawie di Belaga, yang terletak kira-kira 200 km dari Bintulu.

Akhbar itu melaporkan pihak berkuasa tempatan dan syarikat pembalakan terbabit menyedari keadaan itu tetapi sama ada "tidak mempunyai cara-cara untuk membersihkan sungai itu” atau berkata timbunan berada terlalu jauh bagi mereka bertindak, petik akhbar berkenaan.

Timbunan dan sisa kayu itu bukan sahaja menyekat aliran sungai, tetapi menjadikan aliran tersekat dan menggunakan sungai itu sebagai aktiviti berbahaya.

Menurut akhbar itu, keadaan itu membahayakan nyawa penduduk tempatan yang bergantung kepada sungai untuk pengangkutan, setiap hari.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS