Nur Jazlan: Polis tutup kedutaan Korea Utara
Polis dilaporkan sedang mengepung kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur untuk memastikan jumlah pegawai dan kakitangan yang berada dalam bangunan itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Kami cuba untuk mengenal pasti secara fizikal semua kakitangan kedutaan yang berada di sini," katanya kepada pemberita di luar kedutaan, hari ini.
Beliau berkata kakitangan itu tidak akan dibenarkan untuk meninggalkan kedutaan mereka "sehingga kami berpuas hati dengan jumlah mereka dan mengetahui lokasi mereka berada".
Pyongyang hari ini melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara yang memaksa Malaysia mengambil tindakan yang sama ketika polis cuba menyoal-siasat tiga suspek lelaki yang bersembunyi di kedutaan negara itu selepas pembunuhan Kim Jong-nam.
Pembunuhan pada 13 Februari lalu menyaksikan ketegangan yang semakin memuncak sehingga menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.
- Reuters

