Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kedutaan Korea Utara tegang seketika...
Diterbitkan:  Mar 7, 2017 3:44 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Pihak polis mengepung bangunan kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur petang ini untuk menentukan bilangan pegawai dan kakitangan yang masih ada berikutan pengusiran duta Kang Chol, semalam.

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, Konsular Korea Utara, Kim Yu Song menjerit seolah-olah meminta pertolongan ke arah anggota polis yang berkawal di kedutaan itu.

Beliau dilihat bercakap di telefon bimbitnya bersebelahan sebuah kereta Mercedes-Benz hitam yang tertera nombor pendaftaran diplomatik,

Kim kemudian berjalan ke pintu depan dan menjerit: "Polis, mari"

Walaupun tidak dapat dipastikan mengapa jeritan itu dilontarkan, namun kawasan kedutaan itu sejak pagi tadi telah dipagari dengan tali kuning.

Terdapat sekumpulan wartawan tempatan dan luar negara berasak-asak bagi membuat liputan.

Kim hanya berjaya meninggalkan bangunan itu pada kira-kira jam 2.15 selepas kepungan polis telah dibubarkan.

Sebuah kereta peronda polis masih di kedutaan itu manakala seorang anggota polis dilihat mencatatkan butiran mengenai kereta itu dan senarai nama mereka yang meninggalkan pejabat berkenaan.

Tidak lama selepas kepungan itu dibubarkan, sebuah lagi Mercedes-Benz hitam meninggalkan kedutaan itu dengan seorang wanita yang tidak dikenali di tempat duduk hadapan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini memberitahu pemberita di luar kedutaan bahawa kerajaan sedang mengesahkan jumlah dan identiti rakyat Korea Utara yang bekerja di sana.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS