Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Garis masa - bagaimana sekutu jadi seteru
Diterbitkan:  Mar 8, 2017 12:14 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Korea Utara, semalam melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara ini, satu tindakan yang mencetuskan tindakan balas oleh Kuala Lumpur ketika polis cuba berusaha untuk menyoal tiga lelaki yang bersembunyi di kedutaan Korea Utara berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Berikut adalah kronologi hubungan antara kedua-dua negara.

1973 - Malaysia dan Korea Utara menjalin hubungan diplomatik.

1995 - Malaysia menjadi tuan rumah bagi rundingan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara berhubung pembekuan program nuklear Korea Utara.

2000 - Malaysia membenarkan rakyat Korea Utara untuk melawat tanpa visa.

2009 - Malaysia menjadi negara pertama yang rakyatnya dibenarkan ke Korea Utara tanpa visa.

2011 - Syarikat penerbangan Korea Utara, Air Koryo, membuka laluan kepada Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong.

2013 - Help University Malaysia menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

13 Feb - Kim Jong-nam, abang kepada Jong-un,, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.

15 Feb - Menurut sumber kerajaan Amerika Syarikat, Washington percaya ejen Korea Utara adalah dalang di sebalik pembunuhan itu.

Sumber risikan Korea Selatan berkata Jong-nam dilindungi oleh China.

Ahli Parlimen Korea Selatan yang memetik agensi perisikan Seoul berkata terdapat ‘arahan tetap’ oleh pemimpin Korea Utara untuk membunuh Jong-nam.

16 Feb - Polis negara ini menangkap suspek wanita Vietnam dan Indonesia dalam kes pembunuhan itu.

19 Feb - Polis berkata empat suspek Korea Utara meninggalkan negara ini pada hari yang sama dengan pembunuhan itu.

20 Feb - Duta Korea Utara berkata Malaysia cuba untuk melambatkan proses menyerahkan jasad mangsa untuk "matlamat politik", dakwa siasatan polis negara ini tidak boleh dipercayai.

22 Feb - Malaysia mengenal pasti seorang pegawai kedutaan Korea Utara, seorang pekerja syarikat penerbangan antara suspek pembunuhan itu.

Pihak berkuasa Malaysia berkata belum ada ahli keluarga Kim Jong-nam yang tampil untuk mengenal pasti jasad mangsa atau memberikan sampel DNA.

23 Feb - Korea Utara mempersalahkan Malaysia, Korea Selatan berhubung kematian seorang rakyatnya.

24 Feb - Polis berkata agen saraf VX, sejenis bahan kimia yang diklasifikasikan oleh PBB sebagai senjata pemusnah besar-besaran, telah digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam.

26 Feb - Malaysia mengisytiharkan terminal kos rendah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL sebagai "zon selamat" selepas menjalankan ujian.

27 Feb - Ahli Parlimen Korea Selatan berkata pembunuh berkenaan adalah daripada kementerian keselamatan dalam negara dan kementerian luar Korea Utara.

1 Mac - malaysia mendakwa dua wanita warga Indonesia dan Vietnam dengan pembunuhan Kim Jong Nam.

2 Mac - Korea Utara berkata serangan jantung mungkin menyebabkan mangsa terbunuh.

4 Mac - Malaysia menolak cadangan bahawa negara itu melanggar sekatan PBB selepas laporan Reuters berkata syarikat berkaitan Korea Utara menjalankan rangkaian senjata di negara ini.

Malaysia mengusir seorang suspek Korea Utara dalam pembunuhan Kim Jong-nam, atas alasan tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwanya.

6 Mac - Malaysia membatalkan program pengecualian visa kepada rakyat Korea Utara.

Malaysia mengusir Duta Korea Utara Kang Chol.

Malaysia memohon supaya perlawanan kelayakan bola sepak Piala Asia menentang Korea Utara dipindahkan dari Pyongyang ke gelanggang berkecuali.

7 Mac - Korea Utara melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan Pyongyang. Malaysia bertindak balas dengan mengepung kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuduh Korea Utara menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan dan mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara.

- Reuters

Lihat Komen
ADS