Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota Parlimen BN dari Sarawak hari ini menempelak Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengenai kualiti peralatan hospital yang didakwanya sebagai rendah selain kekurangan doktor pakar.

Tiong King Sing (BN-Bintulu) mendakwa, keadaan itu menyebabkan pesakit meninggal dunia sebelum mampu mendapatkan rawatan.

"Hospital kerajaan kalau mana-mana peralatan rosak, bukan kira hari, kira bulan baru boleh buat baik pulih. Ini kelemahan

"Kalau di Bintulu, pesakit nak jumpa pakar kena tunggu berbulan-bulan.

"Ada kawasan pendalaman di Sarawak, jalan kaki ketika masuk hospital, keluar pakai troli (meninggal dunia)," kata Tiong lagi.

Beliau pada mulanya bertanya mengenai perbelanjaan Kementerian Kesihatan bagi menambah baik infrastruktur hospital di kawasan luar bandar selain sebab-musabab peralatan hospital tidak diselenggara dengan baik.

Hilmi kemudian menjawab, antara cabaran yang dihadapi oleh kementeriannya ialah peralatan yang digunakan secara kerap, lama atau diselenggarakan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada tahun 2016, jangka hayat peralatan hospital adalah 98 peratus dengan beberapa pengecualian oleh kerana alat ganti terpaksa diperolehi dari luar negara.

Jelas Hilmi, kementeriannya sentiasa memantau aspek penyelenggaraan peralatan hospital bagi memastikan ia dilakukan dengan betul dan cepat.

Bagi perkhidmatan pakar, Hilmi berkata, hospital Bintulu mempunyai sejumlah 10 doktor dalam kategori tersebut.

Tiong, bagaimanapun, mempertikaikan mengenainya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS