Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Pelaburan China boleh akibatkan ketidakseimbangan kaum'

Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kemasukan besar-besaran pelaburan dari China, sambil memberi amaran bahawa ini boleh membawa kepada ketidakseimbangan profil kaum di negara ini.

Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa penduduk Cina di Malaysia berisiko kehilangan identiti mereka apabila akhirnya ditenggelamkan oleh masyarakat dari China yang menerima pakai ideologi komunis.

"Orang Cina tempatan tidak sama dengan mereka dari tanah besar China. Saya juga dapat dapati penduduk di Hong Kong tidak suka (penduduk China), budaya mereka berbeza," katanya.

"Dengan kebanjiran warga asing yang memiliki hartanah di Malaysia dan tinggal di sini, bukankah ini akan menyebabkan ketidakseimbangan profil kaum di negara ini?

"Apa jaminan bahawa ketidakseimbangan kaum, yang boleh berlaku ini, tidak akan memberi kesan kepada keselamatan negara? Ini adalah soalan yang veteran (tentera) mahu tahun," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Walaupun Mohd Arshad tidak secara khusus menamakan China, beliau menyebut beberapa projek yang melibatkan syarikat-syarikat China.

Ini termasuk pembangunan Pelabuhan Melaka dan Pelabuhan Kuantan, Forest City di Johor dan projek Tun Razak Exchange.

Menurut Mohd Arshad, kerajaan tidak sepatutnya begitu ghairah menjual hartanah di negara ini kepada syarikat asing, terutama dari negara, yang pernah bersahabat dengan Parti Komunis Malaya (PKM), yang mana veteran berjuang menentangnya.

"Adakah kita berasa selamat dan yakin dengan kerjasama negara asing berkenaan serta percaya ini akan membawa pulangan baik untuk negara kita dan bukannya mengancam keselamatan?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS