Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH: AG bertanggungjawab syor persempadanan semula
Diterbitkan:  Mar 9, 2017 6:31 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu bertanggungjawab terhadap tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kali kedua yang dianggap tidak berperlembagaan.

Selain itu BERSIH juga menggesa anggota SPR meletak jawatan berhubung isu itu.

"Oleh kerana SPR tidak boleh bertindak sendiri, kami menuntut peguam negara (Tan Sri) Mohamed Apandi (Ali) dan sesiapa di pejabatnya bertanggungjawab dalam menasihati SPR bagi menjelaskan kepada orang ramai," kata badan pemantau pilihan raya itu dalam kenyataan.

SPR semalam mempamerkan syor persempadan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa memasukkan DUN Selangor selepas negeri itu mencabar persempadanan semula di mahkamah tinggi.

Pengkritik berkata keputusan itu tidak berperlembagaan kerana Perkara 113 (6) Perlembagaan Persekutuan memerlukan persempadanan semula dilakukan bagi "negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah dan Sarawak" dan Selangor tidak boleh dikecualikan.

BERSIH berkata SPR juga telah melanggar Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas perlembagaan Persekutuan dalam cadangan pertamanya yang diterbitkan pada 15 September.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS