Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 16 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat di empat buah negeri yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan menerima rasuah, hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka yang dituduh termasuk seorang berpangkat deputi supritenden, dua asisten supritenden dan dua inspektor, manakala selebihnya anggota berpangkat rendah.

Lapan daripada mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, empat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tiga di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan seorang di Mahkamah Sesyen Georgetown.

"Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana-mana lebih tinggi," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang terkecuali daripada siasatannya termasuk agensi penguatkuasaan jika didapati terlibat dalam perbuatan rasuah.

"Agensi-agensi penguatkuasaan ini merupakan harapan masyarakat untuk melindungi mereka daripada sebarang ancaman jenayah selain menjaga keamanan dan ketenteraman negara ini," katanya. -Bernama

Lihat Komen
ADS