Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

ULASAN Pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang adalah manusia terakhir untuk bercakap mengenai pendirian dan mahu menuduh orang lain sebagai mempraktikkan perkauman.

Baru-baru ini, Lim Kit Siang mengamuk dengan menuduh orang lain kononnya tidak mempunyai pendirian atau bersikap perkauman, sesuatu yang sudah dilakukannya sepanjang 42 tahun.

Dia adalah manusia terakhir di muka bumi ini untuk bercakap mengenai pendirian dan perkauman.

Melalui pelbagai ceramah sebelum PRU13, DAP telah menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai manusia paling rasis di Malaysia dan menuduh Dr Mahathir serta anak bilionairnya dengan pelbagai tuduhan rasuah. Malah mereka berjanji jika berjaya merampas Putrajaya, Dr Mahathir akan disumbat ke dalam penjara sebagai balasan ke atas jenayah bekas perdana menteri itu.

Pada masa lalu, DAP juga secara berterusan menyerang Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai rasis dan ultra Melayu kerana meluangkan ‘Melayu dahulu, Malaysia kedua,” sesuatu yang Muhyiddin tak pernah meminta maaf terhadap kenyataan itu.

DAP hari ini

Hari ini, parti yang menggariskan dalam perlembagaan mereka untuk menjadikan “Malaysian Malaysia” kini berkerjasama dengan rasis nombor satu dan ultra Melayu dari parti Pribumi di mana halatuju parti Pribumi adalah untuk mengutamakan Bumiputera bagi ‘menyelamatkan’ Malaysia.

Sepanjang 22 tahun, DAP menuduh Dr Mahathir dengan pelbagai tuduhan rasuah, pencabulan hak asasi manusia dan gagal menguruskan ekonomi negara. Tetapi anaknya, Lim Guan Eng ketika perhimpunan tahunan tahun lalu secara terbuka dan turut dihadiri Dr Mahathir menyatakan, bekas perdana menteri itu berjaya mengurus negara ini dengan baik selama 22 tahun.

Malah, yang mengejutkan, Lim Kit Siang turut menyatakan, seruan Hew Kuan Yau kepada masyarakat untuk menggunakan Melayu bagi menjahanamkan Melayu sebagai sesuatu yang seronok dilihat, adalah tidak berunsur perkauman langsung dan DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Kuan Yau.

Mana-mana rakyat Malaysia percaya tindakan itu sudah cukup berbaur perkauman namun Kit Siang ‘berpendirian’ sebaliknya.

Biarpun sepanjang karier politiknya, Kit Siang sering mendesak orang lain untuk meletakkan jawatan biarpun hanya tuduhan mulut semata-mata, dia enggan mengarahkan anaknya untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan bakal menghadiri perbicaraan lewat bulan ini.

Serangan ke atas PM

DAP turut menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rasis apabila membuat kenyataan pada PRU13 berlaku tsunami Cina dan kerajaan akan berusaha keras untuk memenangi mereka semula.

Tetapi apabila Ahli Parlimen DAP yang juga Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong membuat kenyataan akan berlaku Tsunami Melayu, Kit Siang secara hipokrit menyatakan ia tidak rasis.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pernah menyatakan kepada pengundi sebelum PRU13, tiada apa yang perlu dikhuatirkan mengenai undang-undang Hudud jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dia juga berkata jika anda tidak takut dengan hukuman mati di Malaysia (kerana tidak melakukan sebarang kesalahan untuk dihukum mati), mengapa perlu bimbang dengan potong tangan dan kaki?

Hari ini, DAP bertukar pendirian dan kini menyerang RUU355 yang mencadangkan peningkatan hukuman syariah untuk orang Islam dengan penambahan hukuman sebatan.

Sebelum PRU13, Lim Guan Eng juga menandatangi secara bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengisytiharkan yang PAS mempunyai hak untuk menegakkan agenda Negara Islam tetapi hari ini, DAP adalah musuh utama PAS kerana PAS mahu melaksanakan hak mereka.

Itu hanya sebahagian contoh betapa Kit Siang tidak mempunyai pendirian dan kecenderungan perkauman sejak PRU13. Sesungguhnya dia bukanlah individu yang sesuai untuk bercakap mengenai pendirian yang lemah dan perkauman.

Kit Siang di Gelang Patah

Bagaimanapun, Kit Siang masih boleh melakukan sesuatu dengan betul. Terdapat cakap-cakap bahawa dia akan meninggalkan Parlimen Gelang Patah untuk bertanding di tempat lain pada PRU14.

Untuk membuktikan telahan ini tidak benar, Kit Siang perlu secara terbuka membuat pengakuan dia akan kekal di Gelang Patah untuk melaksanakan tanggungjawabnya serta menunjukkan dia masih ada sedikit pendirian.

Atau jika dia masih lagi mahu melarikan diri dari Gelang Patah, ia akan memberikan isyarat sangat jelas kepada rakyat , Kit Siang tidak mempunyai pendirian dan lebih serius, tiada keyakinan yang membawanya bertanding di parlimen itu pada PRU lalu telah sudah tiada dan secara tidak langsung mengakui Pakatan tidak lagi mempunyai keyakinan seperti pada tahun 2013.


Ulasan di atas adalah kenyataan Pasukan Komunikasi Strategik BN. Tulisan ini pandangan peribadi pasukan tersebut dan bukan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS