Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saya sahabat Malaysia, kata Duta Besar China

"Saya adalah sahabat Malaysia, sahabat sejati seluruh Malaysia."

Itulah yang dikatakan Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang semasa menolak dakwaan bahawa beliau hanya mempunyai hubungan rapat dengan parti politik daripada Barisan Nasional (BN), terutamanya MCA, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita baru-baru ini.

Beliau berkata sebagai 'sahabat' Malaysia, beliau menjalin hubungan rapat dengan semua pihak termasuk ahli politik daripada parti pembangkang dan ini terbukti apabila beliau melawat negeri diterajui pembangkang, termasuk Pulau Pinang, untuk urusan rasmi.

"Saya menjelajah ke serata bandar dan negeri di Malaysia, saya sudah banyak kali melawat Pulau Pinang, bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang...saya juga menghadiri majlis perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)," katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.
-Bernama

Lihat Komen
ADS