Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Badan peguam kekalkan hidangan arak
Diterbitkan:  Mar 18, 2017 3:21 PM
Dikemaskini: 12:29 PM

Badan peguam Bar Malaysia hari ini mengundi untuk mengekalkan hidangan arak pada majlis mereka, sekali gus menolak usul dicadangkan Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor.

Ketika diundi, seramai 588 orang membangkang, sembilan menyokong dan 16 lagi berkecuali.

Melalui usul itu, pencadangnya berkata, menghidangkan alkohol pada majlis badan itu akan meningkatkan perbelanjaan tidak perlu sehingga 40 peratus.

Ia juga menyatakan, anggota Bar Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum serta agama yang berbeza.

Kebanyakan agama, kata pencadang usul berkenaan, melarang pengambilan alkohol.

Sebelum ini dalam usahanya bertanding untuk jawatan dalam Bar Malaysia, Mohd Amir Bahari dilaporkan berjanji membawa perubahan pada badan berkenaan dan menjadikan ia patuh syariah dengan menghentikan amalan menghidangkan minuman keras.

Sementara itu usul ke atas Siti Kasim - juga dicadangkan oleh Mohd Amir Bahari - ditarik balik semasa mesyuarat agung tahunan persatuan itu di Kuala Lumpur hari ini.

Usul itu dikemukakan selepas peguam terbabit memuat naik video rakan sekerjayanya memberi ucapan semasa sesi tertutup mesyuarat agung tahunan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur di Facebooknya.

Usul itu meminta Bar Malaysia mengutuk Siti memuat naik klip vide berkenaan dan anggota pertubuhan itu mengemukakan aduan kepada lembaga disiplin, selain menghalang personaliti terbabit "terus memburukkan profesyen guaman".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS