Trump: Pelakuan Kim Korea Utara 'sangat, sangat buruk'
Diterbitkan: Mar 20, 2017 10:12 AM | Dikemas kini: Mar 20, 2017 10:20 AM
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengkritik pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dengan berkata "pelakuannya sangat, sangat teruk."
Trump membuat komen itu kepada pemberita ketika berlepas dari tempat peranginannya Mar-a-Lago Resort di Florida, di mana beliau menghabiskan hujung minggu.
Trump berkata para pegawai pentadbiran mengadakan pertemuan pada hujung minggu untuk berbincang mengenai isu-isu termasuk mengenai Korea Utara. [Baca berita penuh]
- Reuters

