21 mangsa dipindah akibat banjir di Rembau
Diterbitkan: Mar 20, 2017 6:51 PM | Dikemas kini: Mar 20, 2017 6:52 PM
Seramai 21 orang daripada tiga keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir di Rembau, setakat pukul 4.30 petang ini.
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Balai Raya Sungai Timun, yang dibuka pada pukul 12 tengah hari.
Menurut satu kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, kesemua mangsa terdiri daripada 10 lelaki dewasa, tujuh wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.
"Hanya satu pusat pemindahan dibuka setakat ini dan tiada jalan terputus hubungan," menurut sekretariat.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.