Paling Popular
Terkini

Pengarah FBI James Comey semalam mengesahkan buat pertama kalinya bahawa biro itu sedang menyiasat kemungkinan wujud hubungan antara kempen presiden Republikan Donald Trump dan Russia ketika Moscow berusaha untuk mempengaruhi pilihan raya AS 2016.

Comey dan Laksamana Mike Rogers, pengarah Agensi Keselamatan Negara, menjelaskan bahawa siasatan mereka berkaitan Moscow dan pilihan raya AS November lalu, mungkin mengambil masa berbulan-bulan.

Hadir di hadapan panel kongres, Comey juga secara terbuka mencabar dakwaan Trump bahawa bekas Presiden Barack Obama mengintip dengar telefon di ibupejabat kempennya di Trump Tower, Manhattan.

Kedua-dua pegawai itu menghabiskan masa lima setengah jam memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perisikan Dewan Kongres itu.

Comey tetap dengan dakwaannya bahawa Presiden Russia Vladimir Putin tidak hanya mahu calon presiden Demokrat Hillary Clinton kalam dalam pilihan raya itu; dia mahu Donald Trump menang.

Trump mencetuskan kontroversi pada awal bulan Mac apabila beliau tweet tanpa memberi bukti bahawa Obama telah mengintip dengar kempennya ketika bersaing dengan Clinton.

Menurut Comey, beliau tidak ada maklumat untuk menyokong tweet Trump itu.

Leon Panetta, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan pengarah CIA semasa pentadbiran Obama, berkata dalam satu wawancara bahawa Trump harus "mengakui bahawa dia silap, mohon maaf kepada Obama".

Jawatankuasa itu adalah salah satu daripada beberapa badan di Kongres AS yang sedang menyiasat sama ada Russia cuba untuk mempengaruhi pilihan raya itu, kebanyakannya dengan menggodam emel operatif Demokratik dan menyebarkan maklumat memalukan. Russia menafikan dakwaan tersebut.

Comey mengesahkan FBI telah menjalankan siasatan sejak Julai terhadap kemungkinan wujud usaha Russia untuk campur tangan dalam pilihan raya itu, termasuk wujud sebarang kerjasama antara kempen Trump dan dan Moscow.

Beliau berkata, walaupun kerajaan Rusia mahu menjejaskan kempen Clinton dan membantu Trump, agensi perisikan tidak membuat sebarang kesimpulan sama ada usaha itu telah mempengaruhi keputusannya.

Comey tidak memberikan butiran siasatan sulit itu dan berkata hakikat bahawa ia wujud, tidak bermakna dakwaan akan difailkan. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS