Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: PAS akan musnahkan BN
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 12:42 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

Kerjasama dengan PAS akan mennyaksikan BN tumbang, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Zaid mendakwa bahawa persahabatan dengan parti Islam itu akan menjadi “paku terakhir di keranda” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sekutunya.

"Saya tidak pernah melihat kebangkitan rakyat Malaysia pada skala yang kita saksikan hari ini," katanya sambil menyuarakan keyakinan bahawa BN akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Zaid mendakwa BN, melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mencuba setiap helah, termasuk melakarkan persempadanan semula, untuk membantu gabungan itu memenangi beberapa kerusi, tetapi “ia hanyalah usaha yang sia-sia.”

Beliau melabelkan tindakan SPR untuk meneruskan persempadanan semula tanpa Selangor (yang mencabar proses itu di mahkamah), sebagai "terdesak" dan "perbuatan kelas rendah" yang bertentangan dengan peraturan dan prinsip di bawah undang-undang persempadanan semula.

Bekas menteri Umno itu juga mendakwa bahawa PAS, di bawah kepimpinan presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini kehilangan sokongan di "setiap sudut di Kelantan".

"Pada zaman Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS mampu mengumpulkan 10,000 atau lebih penyokong di ceramah politik mereka tanpa sebarang kesukaran.

“Hari ini, PAS di bawah Hadi tidak berani menganjurkan ceramah sama sekali kerana takut tidak akan mendapat sambutan."

Beliau memberi contoh jumlah hadirin pada majlis yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Bharu pada 15 Mac, dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, di Tumpat sehari kemudian, yang dianggarkan masing-masing pada jumlah 10,000 dan 1,200, untuk membuktikan kesnya.

Menurut Zaid yang kini bersama DAP, sokongan Umno terhadap Akta 355 anjuran PAS juga akan menyebabkan BN berpecah, kerana MCA, Gerakan dan MIC sendiri "tidak tahu apa yang melanda mereka."

Beliau berkata keputusan Umno (untuk mengambil alih rang undang-undang itu) juga adalah pengkhianatan terhadap wawasan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin lain yang lebih awal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS