Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jakim panggil, tapi Raja Bomoh tak hadir
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 11:28 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memanggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin bagi mendapatkan penjelasannya semalam.

Bagaimanapun, kata ketua pengarah jabatan itu, Tan Sri Othman Mustapha, Ibrahim tidak hadir.

Ibrahim kembali mencuri perhatian apabila dirakam mengadakan upacara 'memagar' Malaysia daripada ancaman asing, terutamanya Korea Utara.

Beliau tampil dengan aksi itu di tengah-tengah ketegangan diplomatik kedua-dua negara susulan siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam. abang pemimpin Korea Utara.

Dalam kenyataannya semalam, Ibrahim memaklumkan bahawa beberapa negeri telah memutuskan amalan pembomohan Ibrahim yang menggunakan objek-objek tertentu adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.

“Manakala, kajian oleh panel pakar akidah Jakim juga telah mendapati bahawa aktiviti pembomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik dan khurafat,” katanya.

Ibrahim dalam upacaranya menggunakan peralatan seperti buluh dan buah kelapa.

Jakim menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan upacara yang dijalankan individu berkenaan.

Lihat Komen
ADS