Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pegawai khas Mukhriz pula ajak bekas 'bos' berdebat
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 6:09 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Bekas pegawai khas Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Haris Che Mat pula mencabar bekas bosnya itu berdebat bagi menjelaskan keupayaannya menjadi jutawan dalam masa singkat.

Jelas Haris, bekas menteri besar Kedah yang juga ADUN Ayer Hitam itu bebas untuk menetapkan tarikh dan masa bagi membolehkan debat tersebut diadakan sebelum bulan Ramadan di kawasan Jerlun, Kubang Pasu.

"Saya serta orang ramai sangat ingin tahu sama ada beliau menjadi kaya raya atas usaha sendiri atau sebaliknya. Ini kerana setahu saya, beliau bukan daripada keturunan hartawan.

"Saya mahu Mukhriz isytiharkan bagaimana beliau dan abang-abangnya sebagai bekas anak perdana menteri boleh menjadi jutawan dalam masa singkat," katanya, memetik laporan Utusan Online.

Sebelum ini, Haris pernah mencabar Mukhriz bertanding di Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau merasakan rakyat masih menyokongnya.

Haris berkata, Mukhriz takut bertanding di kerusi Parlimen berkenaan, sebaliknya, memilih kerusi Petaling Jaya Utara atau Puchong.

"Jika ia benar, maka saya minta Mukhriz bertanding di Jerlun dan bapanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di (Parlimen) Kubang Pasu pada PRU14 nanti.

"Sekiranya Tun Dr Mahathir tidak berani isytihar bertanding pada PRU14, eloklah beliau pencen terus daripada politik," kata Haris.

Lihat Komen
ADS