Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Siasat cubaan sogok sultan dengan RM2 juta'
Diterbitkan:  Mar 24, 2017 1:07 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat segera cubaan menyogok Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri.

“Kegiatan ini mesti dibanteras demi menjaga nama baik institusi kesultanan dan raja-raja Melayu,” kata anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Sultan Ibrahim semalam mendedahkan pernah didatangi ejen yang mendakwa baginda ada kuota untuk menjual anugerah gelaran tan sri dengan RM2 juta setiap satu.

"Saya cakap dengan ejen ini, saya tak nak namakan dia nanti dia malu, saya kata berambus. Itu bukan periuk nasi saya jual darjah," titah baginda.

Dalam kenyataan hari ini, Mahfuz berkata pendedahan baginda menggambarkan wujudnya sindiket jual beli pingat di semua negeri seperti yang pernah dibangkitkannya di parlimen 13 Mac lalu.

Mahfuz berkata, beliau membangkitkan perkara itu susulan terdapat penangkapan ketua dan anggota kongsi gelap yang bergelap datuk akhir-akhir ini.

“Penglibatan mereka yang bergelar datuk dalam kumpulan kongsi gelap memberi gambaran bahawa mereka ini memperoleh anugerah tersebut dengan tidak melalui proses tapisan sebaliknya melalui sindiket yang mungkin mempunyai hubungan 'mesra' dengan pihak yang tertentu.

“kegiatan ejen-ejen sindiket penganugerahan darjah kebesaran ini telah mencalar dan memburukkan institusi kesultanan dan raja-raja Melayu,” katanya.

Lihat Komen
ADS