BERITA Malaysiakini

FAM: Najib ucap tahniah kepada TMJ

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang disahkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kemenangan jawatan Presiden FAM," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya, malam tadi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan Tunku Ismail menang jawatan Presiden FAM tanpa bertanding bagi penggal 2017-2021 sempena Kongres FAM ke-53, semalam.

Sebelum ini pencabar jawatan itu, Tan Sri Annuar Musa yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada bertanding Khamis lepas kerana mahu memberi penghormatan dan laluan kepada Tunku Ismail serta demi kebaikan bola sepak negara.

- Bernama