Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Menteri jamin skim insurans hilang kerja akan dilaksanakan

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem memberi jaminan bahawa kerajaan akan melaksanakan Skim Insurans Pekerja (EIS) bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.

Menurutnya, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan skim tersebut dan percaya keputusan itu adalah muktamad.

"Dengan pendirian itu, saya percaya kerajaan tak akan dipengaruhi mana-mana pihak termasuk pihak Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF),"katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan 100 orang mewakili pelbagai pertubuhan pekerja kerana berkumpul di luar parlimen ini bagi menuntut agar skim berkenaan disegerakan.

Dalam pertemuan dengan 20 wakil daripada kumpulan berkenaan, Richard turut menerima kad mengandungi tandatangan 20,000 pekerja yang menyokong pelaksaan skim itu.

"Saya ingin berterima kasih dengan orang yang di luar dewan kerana berdiri dari pukul 10 pagi untuk menandakan sokongan mereka terhadap skim insurans ini," katanya.

Mengulangi bahawa rang undang-undang mengenai skim itu akan dibentangkan pada persidangan parlimen akan datang, Richard juga berharap semua anggota parlimen, sama ada kerajaan mahupun pembangkang akan menyokong inisiatif itu.

"Amat penting dalam kita membela nasib mereka yang akan dibuang kerja, sama ada (disebabkan) syarikat muflis dan sebagainya," katanya.

Terdahulu anggota jawatankuasa PSM pusat berkata kerajaan sebelum ini berjanji untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan ketika persidangan Dewan Rakyat, tetapi ia kemudian ditangguhkan.

"Kami dengar ia akan dilaksanakan pada tahun 2018 tetapi ekonomi tidak baik, ia tak boleh ditangguhkan lagi.

"Jika kertas kerja bagi skim ini sudah selesai, apa yang menghalang rang undang-undang itu daripada dibentangkan dalam sesi parlimen ini?" soalnya.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Mujahid Yusof Rawa (Parti Buntar), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), Wong Chen (Kelana Jaya), Tian Chua (Batu) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat).

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS