Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Speaker perlu jelaskan jika beliau minta laluan baru’

Dua ahli parlimen DAP hari ini melakukan kunjungan tanpa undangan ke kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin di Jalan Tunku, Kuala Lumpur bagi memahami bagaimana dana RM1.4 juta dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf.

Sebaik tiba di pondok pengawal, ahli parlimen Serdang, Ong Kian Ming dan rakannya dari Segambut, Lim Lip Eng disapa oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai anggota keluarga Pandikar.

Beliau memberitahu mereka bahawa Pandikar tidak ada di rumah.

Melalui perbualan ringkas dengan kedua-dua wakil rakyat itu, lelaki berkenaan berkata laluan sepanjang 100 meter yang digunakan oleh Pandikar selama ini sebenarnya adalah jalan persendirian.

"Itu jalan persendirian, bukan jalan awam. Terdapat bonggol dibina sebelum ini," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa Pandikar tidak pernah dihalang daripada menggunakan laluan itu dan bonggol berkenaan pula hanya untuk memperlahan keretanya.

Berdasarkan perbualan itu, Ong dan Lim membuat kesimpulan bahawa Pandikar secara peribadi berpendapat laluan itu tidak sesuai digunakan.

"Pandikar berkata ini tidak ada kena mengena dengan dirinya dan pembinaan itu adalah prerogatif kerajaan," kata Ong.

"Kerajaan kekurangan dana dan terpaksa memotong bajet yang diperuntukkan kepada kementerian pelajaran dan kementerian kesihatan," katanya.

Jika permintaan untuk menaik taraf infrastruktur itu bukan daripada Pandikar, Ong berkata, kerajaan tidak akan membinanya.

"Tetapi beliau seorang speaker selama dua penggal, beliau sepatutnya tahu sama ada laluan itu perlu dibina sedangkan kerajaan memotong dana awam,” katanya.

Menurut beliau, peruntukan itu, boleh digunakan untuk membina sepuluh rumah mampu milik di Sabah, tempat asal Pandikar, dan juga untuk membantu 100 pelajar Sabah melanjutkan pendidikan tinggi mereka.

Justeru, kata Ong, Pandikar perlu menjawab jika beliau yang meminta laluan itu dibina.

Beliau berkata, tidak perlu untuk Pandikar untuk meminta laluan alternatif kerana beliau masih boleh menggunakan jalan sedia ada.

Laluan alternatif baru itu diperbuat daripada sebahagiannya turapan simen dan sebahagian lagi jalan tar yang menghubungkan Jalan Tunku dan merentasi ke perkarangan rumahnya hingga ke pintu belakang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS