Annuar Musa masuk wad
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dimasukkan ke hospital hari selepas mengalami sakit dada dan muntah-muntah.
Menurut maklumat diterima Malaysiakini, anggota parlimen Ketereh itu kini dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Terdahulu, berita mengenai Annuar itu tersebar di kalangan peminat bola sepak Kelantan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.
"Salam sahabat TRW (The Red Warriors), Tan Sri Annuar dimasukkan ke wad CCU HUSM hari ini akibat saki muntah-muntah dan sakit dada.
"Pohon doa semua semoga diberi kesihatan yang baik untuk beliau," demikian mesej yang tersebar.
Sementara itu, sumber dekat penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan itu mengesahkan Annuar dimasukkan ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.
"Tan Sri mengalami sakit dada, pening dan muntah-muntah pada jam 6 pagi tadi.
"Buat masa sekarang doktor menasihatkan beliau berehat dan pelawat tidak digalakkan," kata sumber tersebut.

