Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dana 1MDB: Switzerland hentikan siasatan UBS
Diterbitkan:  Apr 5, 2017 12:02 PM
Dikemaskini: 4:04 AM

Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) berkata, pihaknya tidak akan meneruskan siasatan ke atas UBS Group AG yang bersangkut-paut dengan skandal dana 1MDB.

Memetik laporan Reuters, Finma mengambil keputusan untuk menghentikan siasatan berkenaan setelah gagal untuk menemui salah laku yang serius dan sistematik.

"Finma baru-baru ini menghentikan siasatan ke atas UBS. Finma tidak menjumpai salah laku yang sistematik dan serius tetapi menghantar teguran bertulis kepada bank berkenaan," kata Finma dalam kenyataan selepas persidangan media tahunannya.

Pada bulan Oktober yang lalu, UBS didenda sebanyak S$1.3 juta atau RM4.11 juta oleh bank pusat Singapura kerana melanggar undang-undang pencegahan pengubahan wang Singapura.

Terdahulu, kira-kira dua bulan yang lalu, Finma telah mengarahkan Coutts & Co Ltd, milik Royal Bank of Scotland menyerahkan keuntungan haram 6.5 juta francs (RM29.1 juta) yang diperoleh daripada transaksi berkaitan 1MDB.

Finma, dalam kenyataannya berkata, Coutts dengan serius melanggar undang-undang pengubahan wang haram negara itu kerana gagal membuat semakan latar belakang mencukupi terhadap perhubungan perniagaan dan transaksi berkaitan 1MDB.

Pihak berkuasa Switzerland juga berkata sedang berkira-kira melaksanakan prosiding terhadap pekerja-pekerja bank itu yang bertanggungjawab atas transaksi itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS