Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PERKASA gagal hargai nilai global UEC'
Diterbitkan:  Apr 5, 2017 7:22 PM
Dikemaskini: 11:28 AM

Pelbagai kumpulan pendidikan menyelar kritikan PERKASA terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan menggesa kumpulan pendesak hak Melayu itu menerima pakai pandangan lebih terbuka.

Bulan lalu, PERKASA menggesa kerajaan agar tidak mengiktiraf UEC dan menyifatkan ia sebagai ancaman kepada sistem pendidikan kebangsaan, perpaduan negara, serta kedaulatan Malaysia.

"Retorik Perkasa tidak mempunyai kebijaksanaan dan pemahaman asas nilai-nilai intrinsik UEC.

"UEC adalah hasil produk Malaysia yang telah membuktikan nilai berpotensi di peringkat global, ia telah menjadi satu ikon kebanggaan rakyat Malaysia dalam pendidikan global," kata pelbagai kumpulan pendidikan yang merupakan sebahagian dari Inisiatif Pembaharuan Pendidikan Negara (Neri), dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu mengkritik pandangan "ketinggalan zaman" PERKASA dan berkata kekuatan Malaysia dalam dunia yang pelbagai dan global adalah keupayaan rakyatnya untuk menguasai pelbagai bahasa.

UEC adalah peperiksaan yang dijalankan oleh kumpulan pendidikan terkemuka Cina, Dong Zong di 60 buah sekolah menengah persendirian Cina di negara ini yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.

Kumpulan itu adalah Pusat Pembangunan Kebudayaan Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, dan Yayasan Tamil.

Anggota Neri juga merangkumi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan, Persatuan Graduan Dari Universiti dan Kolej China, Malaysia, Persatuan Graduan Jepun di Malaysia, Merdeka University Bhd, Pusat Pengajian Cina Malaysia, Yayasan MySkill dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah-sekolah Cina Malaysia .

UEC digunakan sejak tahun 1975 dan ia menilai pelajar berdasarkan kurikulum yang memenuhi keperluan kerajaan, kata kenyataan itu.

Sijil itu diiktiraf oleh banyak institusi pengajian tinggi swasta dan asing tempatan tetapi tidak oleh universiti-universiti awam Malaysia.

Putrajaya telah menyatakan minat untuk mengiktiraf sijil itu bagi kemasukan ke universiti awam.

Lihat Komen
ADS