Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parlimen sudah mati, kata anak bekas TPM
Diterbitkan:  Apr 6, 2017 2:07 PM
Dikemaskini: 6:10 AM

Parlimen sudah mati, dan negara dibawa menuju ke jalan yang berbahaya, kata anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman berikutan pembentangan pindaan Akta 355 di dewan rakyat, hari ini.

Mohamed Tawfik Ismail, berkata, ini adalah hari paling menyedihkan buat Malaysia, apabila Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan pembentangan usul itu, walaupun beliau memfailkan saman pemula untuk menghalangnya.

Tawfik, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, memberitahu wartawan semalam selepas menyerahkan notis berkenaan kepada Pandikar, yang beliau tidak menjangkakan pindaan kepada Akta 355 akan berada dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen hari ini.

"Parlimen sudah mati mati apabila Speaker yang mengambil sumpah untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan mengkhianati sumpahnya sendiri sebagai ahli Parlimen.

"Speaker berpolitik, mengabaikan perlembagaan dan melakukan pengkhianatan dengan tidak menghiraukan hak Majlis Raja-Raja untuk rundingan sebelum pengisytiharan mana-mana undang-undang yang akan memecahbelahkan kita sebagai sebuah negara," katanya lagi dalam kenyataan media.

Tawfik berkata tindakan Speaker memberi laluan kepada usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan meletakkannya sebagai nombor satu dalam Peraturan Mesyuarat adalah keangkuhan tahap tertinggi.

Beliau mendakwa Pandikar mahu menunjukkan kuasa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS