Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat Malaysia Airlines tergelincir di Sibu

Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 61 penumpang dan enam orang anak kapal tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu dalam hujan lebat malam tadi.

Tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian 10.17 malam itu yang melibatkan penerbangan MH2718 dari Kuala Lumpur.

"Semua di atas pesawat selamat dibawa turun menerusi dua rakit gelongsor," kata syarikat itu menerusi Facebook.

Ia berkata siasatan segera telah diadakan bagi menentukan punca kejadian itu yang melibatkan pesawat Boeing 737-800.

"Keselamatan semua penumpang menjadi keutamaan Malaysia Airlines," tambahnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS