Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Tangani kenaikan harga, bukan beri alasan kurang cerdik’
Diterbitkan:  Apr 10, 2017 12:10 PM
Dikemaskini: 4:15 AM

Seorang ahli parlimen pembangkang mahu kerajaan untuk melakukan sesuatu berhubung kenaikan harga barangan keperluan yang mendadak sehingga ada yang ke tahap tidak masuk akal.

Ahli Parlimen Kapar G Manivanan berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertanggungjawab dan bukan sekadar menghidangkan alasan tidak masuk akal.

“Kerajaan menegaskan bahawa kementerian itu hanya mengawal harga bagi enam barangan keperluan sahaja.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang, kenaikan harga barangan keperluan lain dilihat mendadak sehingga ada yang tidak masuk akal harganya.

“Takkan kerajaan hendak membiarkan begitu sahaja?” soal pemimpin PKR itu dalam satu kenyataan media.

Antara lain, Manivanan berkata kerajaan harus menangani isu kenaikan harga barangan dengan Akta Antipencatutan.

“Takkan hendak tunggu pada musim perayaan sahaja untuk mengawal harga barang dengan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga?” soalnya.

Manivanan berkata walaupun rakyat merasai keperitan ekonomi dengan kenaikan harga itu, kerajaan terus membuat kenyataan "kurang cerdik” bagi menjustifikasikan ketidakcekapan pentadbiran Umno/BN.

“Adakah nanti rakyat akan dihidangkan dengan kenyataan-kenyataan kurang cerdik seperti 'kalau harga gula naik, jangan makan gula nanti kena diabetis', 'kalau minyak masak naik, jangan makan makanan bergoreng' dan sebagainya?” soalnya.

Tambahan pula, beliau berkata masalah itu diburukkan lagi dengan kelemahan ringgit.

Katanya, walaupun rakyat berbelanja secara berhemah, namun nilai mata wang negara sekarang yang lemah tidak ubah seperti 'duit Jepun zaman perang' dahulu.

“Tahun 2017 amat mencabar bagi rakyat Malaysia apabila terpaksa berhadapan dengan ringgit yang lemah dan harga makanan yang semakin mahal,” katanya.

Lihat Komen
ADS