Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki ditahan kerana sepanduk himpunan BERSIH
Diterbitkan:  Apr 10, 2017 8:56 PM
Dikemaskini: 4:16 PM

Polis hari ini menahan seorang lelaki berusia 48 tahun kerana sepanduk yang dipegang beliau, dipercayai semasa himpunan BERSIH 5 pada 19 November 2016.

Penahanan itu dilakukan di Klang pada pukul 3.15 pagi kerana disyaki menghina pemimpin kerajaan, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohd Sukri Kaman dalam satu kenyataan.

Suspek ditahan reman selama empat hari, selepas mengaku mengemaskini dan menggunakan telefon bimbit dan viralkan bertujuan untuk 'menghina kerajaan di laman facebook', kata Mohd Sukri.

Tangkapan tersebut adalah susulan laporan polis yang diterima pada 5 April yang lalu setela pengadu menerima satu mesej dari kawan pengadu melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam mesej tersebut, pengadu menerima beberapa keping gambar yang memaparkan seorang lelaki tidak dikenali memakai baju t-shirt kuning BERSIH 4 dan BERSIH 5 sambil memegang placard.

Pada sepanduk itu tertera tulisan Cina yang membawa maksud penghinaan kepada pemimpin kerajaan negara ini, jelas Mohd Sukri lagi.

Himpunan BERSIH 4 perhimpunan, juga dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil diadakan pada 29 dan 30 Ogos 2015.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS