Hantar pesawat tempur bukti AS serius berdepan Korea Utara
Penghantaran pesawat tempur Amerika Syarikat (AS) ke Semenanjung Korea sebagai amaran kepada Korea Utara bahawa AS serius untuk berdepan dengan ancaman negara komunis itu, kata seorang anggota
Kongres AS pada Selasa lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
Di tengah-tengah kemuncak kebimbangan Korea Utara mungkin akan mengambil langkah provokasi tambahan, Pusat Arahan Pasifik AS mengarahkan unit tempur yang diketuai pesawat USS Carl Vinson menuju ke Semenanjung Korea dan bukan seperti perancangan awal iaitu melawat pelabuhan Australia.
"Penghantaran pesawat tempur untuk menunjukkan kekuatan AS di bawah presiden baharu. Ini tindakan AS bahawa anda (Korea Utara) tidak boleh menunjuk-nunjuk kuasa nuklear yang akan memusnahkan Amerika, Korea Selatan dan meletakkan Jepun dalam keadaan berisiko," kata seorang perwakilan Ted Yoho (R-FL) kepada CNN.
Ketegangan memuncak di Semenanjung Korea ekoran spekulasi Korea Utara pada April akan melancarkan ujian nuklear keenamnya yang dikatakan mampu menjangkau sehingga ke AS. -Bernama

