Anak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Muhammad Khalil - adalah antara tiga yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda bagi penggal 2017-2019.

Parti itu akan mengadakan pemilihan sempena muktamar tahunan PAS, yang akan diadakan pada 29 April hingga 1 Mei di Alor Setar, Kedah.

Selain Muhammad Khalil, calon-calon lain adalah Naib Ketua Pemuda, Khairil Nizam Khiruddin dan Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, 47, akan melepaskan jawatan berikutan faktor usia.

Muhammad Khalil, 40, kini adalah timbalan ketua pemuda PAS dan PAS naib pengerusi PAS Terengganu.

Beliau adalah lulusan Universiti Al-Eman, Yaman yang diasaskan oleh Sheik Abdul Majid al-Zindani. Berikutan itu dan menjadi pensyarah di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi).

Muhammad Khalil adalah anak sulung daripada 14 anak-anak Abdul Hadi.