Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Petanda Najib akan lepas jawatan, kata AMANAH
Diterbitkan:  Apr 12, 2017 4:50 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub menafsirkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai petanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi.

"Pelantikan Hishamuddin sebagai menteri tugas-tugas khas adalah isyarat Najib akan berundur dari jawatan perdana menteri dalam tempoh terdekat dan Hishamuddin akan ambil alih jawatan untuk memastikan kesinambungan dan hayat Umno dalam pihanraya umum akan datang," kata beliau menerusi tweet.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, tambah Salahuddin, beliau tidak akan terkejut jika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima nasib yang sama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Demi survival Najib dan Umno, saya tidak terkejut (Ahmad) Zahid akan menerima nasib seperti Muhyidin," katanya.

Pada masa yang sama, Salahuddin turut menzahirkan kebimbangan jika 'tugas-tugas khas' yang diberikan kepada Hishamuddin adalah untuk 'melenyapkan' isu 1MDB.

"Hanya Hishamuddin yang menjadi kepercayaan Najib," katanya sambil merujuk hubungan antara keduanya adalah sepupu.

Sebentar tadi, Najib mengumumkan pelantikan Hishamuddin sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataanya, Najib turut menjelaskan bahawa Hishamuddin masih kekal sebagai menteri pertahanan.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meramalkan pelantikan Hishamuddin itu bukan perkembangan baik untuk cita-cita politik Ahmad Zahid.

Beliau melihat langkah itu sebagai restu langsung daripada Najib.

“Ini sama ada Hishammuddin mahu cabar (Ahmad) Zahid untuk kerusi timbalan presiden Umno atau Hishammuddin sendiri bermasalah mempertahankan kerusi naib presiden yang disandangnya,” kata Rafizi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS