Hakim wanita Muslim pertama di Amerika ditemui mati
Diterbitkan: Apr 13, 2017 11:51 AM | Dikemas kini: Apr 13, 2017 11:53 AM
GLOBAL Wanita pertama beragama Islam yang menjadi hakim di Amerika Syarikat ditemui mati dan terapung dalam sebatang sungai di New York, menurut polis.
Sheila Abdus-Salaam, 65, yang berkhidmat di mahkamah tertinggi di bandar raya itu, ditemui kira-kira jam 1.45 petang, waktu tempatan, lapor Reuters.
Polis mengisytiharkan wanita kulit hitam itu sebagai mati di tempat kejadian dan sebab kematian akan ditentukan selepas bedah siasat.
Sheila telah berkhidmat kira-kira empat tahun bermula 2013.
Beliau mendapat pujian sebagai seorang hakim yang adil.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.