Wanita yang dituduh membunuh Kim Jong-nam memohon maaf kepadanya selepas menyapu apa yang dikatakan racun padanya, kata seorang peguam tertuduh.

Gooi Soon Seng, yang mewakili suspek warga Indonesia Siti Aisyah, berkata kedua-dua suspek percaya apa yang mereka lakukan sebahagian daripada aksi 'prank' (mengenakan orang) yang pernah dilakukan, lapor Wall Street Journal.

Suspek warganegara Vietnam Doan Thi Huong berkata dia berada di lapangan terbang bersama Ri Ji Hyon, anak bekas duta Korea Utara ke Vietnam.

Sementara Siti Aisyah berada di sana bersama Hong Sac Hong, bekas diplomat republik itu ke Jakarta yang memperkenalkan dirinya sebagai wanita Cina.

[Baca berita asal]