Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan penyokongnya didakwa di Mahkamah Sesyen, Ampang hari ini atas tuduhan merusuh semasa siri jelajah BERSIH di Ampang tahun lalu.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Selain Jamal, yang lain adalah Reza Jamin, Ariffin Abu Bakar, Mohd Shabudin Abu Hassan, Izzrul Idris, Hasannen Zikri Harizan, Mohd Faiz Amirul Mahsan, Mohd Yusoff Mohd Sharif, Abd Razak Hassan dan R Balaguru.

Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu pada 13 November di pusat membeli-belah Ampang Point.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Semua mereka juga menghadapi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana melakukan provokasi yang bolerh mengugat keamanan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM100.

Semua mereka bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan meminta supaya dibicarakan.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap mereka. Hakim juga menetapkan 3 Mei untuk sebutan seterusnya.

Jamal dan sembilan yang lain itu diwakili oleh peguam Khairul Annuar Yussof dan Izzat Zabir Sariff manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iskandar Ahmad.

Pada hari kejadian itu, Jamal dan kumpulan Baju Merah yang diterajuinya mengejar Ahli Parlimen, Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosi himpunan BERSIH bersama ahli-ahli di pusat membeli-belah Ampang Point.

Satu pergelutan kemudiannya tercetus dan akibatnya hidung Jamal dikesan berdarah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS