Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi sahut cabaran PAS, buat SD nafi terima wang

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini membuat akuan bersumpah (SD) menafikan menerima wang daripada ahli perniagaan Datuk John Soh Chee Wen.

"Bahawasanya saya tidak pernah menerima satu sen pun dalam apa-apa bentuk dari mana-mana individu bernama John atau Soh atau John Soh atau Soh Chee Wen.

“Bahawasanya saya menjemput mana-mana pihak berkuatkuasa menyiasat saya di bawah Akta Berkanun 1961 sekiranya mana-mana kenyataan saya di dalam semua Akuan Berkanun Pengisytiharan harta dan lain-laian akuan berkanun adalah tidak benar," katanya.

Rafizi berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan meminta Rafizi untuk akuan mengenai dakwaan itu, yang pertama kali dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin.

Susulan itu, bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mendakwa Rafizi menerima RM20 juta daripada Soh.

Soh (kanan) kini ditahan di Singapura, dan berdepan dengan sejumlah 188 dakwaan yang berkaitan dengan mengganggu saksi dan pelanggaran Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.

Rafizi berkata beliau telah membuat SD lain mendedahkan semua aset, pendapatan dan liabiliti miliknya bermula sejak tahun 2010.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS