Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bapa maut ditetak kerana tak bagi duit pada anak
Diterbitkan:  Apr 14, 2017 3:26 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Akibat enggan memberi wang kepada anaknya, seorang kontraktor di Batu 4 ½, Jalan Kampung Padang Melangit di Padang Besar maut akibat ditetak dengan parang dan ditikan dengan pisau sehingga perutnya terburai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Azahar Muda berkata kejadian berlaku pagi tadi.

"Difahamkan suspek yang berusia 24 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu pasar raya di Kuala Lumpur baru pulang ke Perlis pagi semalam dan telah meminta sejumlah wang daripada bapanya.

"Pagi ini lebih kurang antara pukul 7.15 hingga 7.30 pagi, suspek sekali lagi cuba mendapatkan wang daripada bapanya, namun berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak menetak bapanya dengan parang dan pisau pemotong sayur di dada, perut, dan tangan sehingga perut mangsa terburai manakala satu jari kanannya putus," katanya kepada pemberita di Padang Besar hari ini.

zahar berkata mangsa berusia 53 itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek ditahan pukul 8 pagi tadi di rumah neneknya kira-kira 60 meter dari rumah bapanya.

Beliau berkata suspek menikam dirinya dan dia kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Dia akan direman, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS