'Orang hilang' ditemui, kembali ke Malaysia
Bekas Anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang dilaporkan 'hilang' baru-baru ini, Peter Chong, kembali ke Malaysia kata polis hari ini.
Kira-kira jam 1 petang tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menyatakan hal itu dan mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysa melalui Twitter beliau.
"Syabas @PDRMsia Kuala Lumpur. Peter Chong yang 'hilang' kembali dari Pattaya tengah hari ini," katanya di media sosial itu tanpa memberikan butiran lanjut.
Chong dilaporkan hilang sejak 5 April lalu dan menimbulkan kebimbangan ramai jika dia diculik.
Polis bagaimanapun mendapati Chong dikesan menaiki bas memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam pada 7 April.
Sesetengah media menyatakan Chong mungkin berdepan masalah kewangan.
Sebelum 'hilang' Chong menulis di Facebooknya mengenai individu tidak dikenali dan memberi amaran mengenai kehilangan beberapa orang sebelum ini.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.