Mangsa-mangsa sebuah skim pertukaran asing yang tidak menjadi menuntut agar proses keadilan dihormati dan ditegakkan serta tidak dihalang.

Mangsa membentuk sebuah kumpulan Pasukan Tindakan Pemulihan (Rate) untuk mendapatkan keadilan dan pemulihan semula dana mereka yang dilaburkan dalam VenusFX, yang kini disiasat oleh pihak berkuasa.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, juruvakap bagi kumpulan itu, N Geevaraj, berkata,meskipun mereka bersimpati dengan A Mageswarie, isteri RS Vishnu Moorthy, yang di bawah tahanan kerana pembabitannya dalam skim itu, namun kedua-dua mereka adalah sebahagian daripada skim itu.

Beliau berkata penderitaan Mageswarie yang sedang mengandung itu adalah tiada tandingan dengan nasib yang dialami oleh 23,000 mangsa VenusFX.

"Ramai pelabur sakit, dan memerlukan dialisis dan rawatan kanser, tetapi mereka melabur simpanan mereka dalam skim ini ... sekarang mereka tidak mampu (mengupah) peguam," katanya.

Pada 29 Mac lalu, enam individu termasuk Vishnu Moorthy, ditangkap dan ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) kerana terlibat dalam VenusFX.

[Baca berita penuh]