'Rekod ROS iktiraf Ezam pengerusi NewGen'
Setiausaha Agung Parti Generasi Baru S Gobi Krishnan menegaskan Ezam Mohd Noor sebagai pengerusi parti itu, berdasarkan rekod Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Gobi Krishnan berkata, Ezam dipilih secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada 11 Mac lalu dan kemudian disahkan dalam mesyuarat agung khas pada 30 Mac.
“Perkara ini telah pun dikemukakan secara rasmi kepada pihak ROS dan dikemaskini dalam sistem EROSES serta diterima oleh pihak ROS sebagai AJK sah terkini,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertikaian berkaitan status kepimpinan baru parti itu apabila “presiden” G Kumar Aaman mendakwa Ezam telah merampas parti itu.
Ezam kemudian menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah dan masih menunggu kelulusan ROS.
Dalam kenyataan hari ini, Gobi Krishnan berkata semua urusan kewangan parti tersebut dan tiada sebarang salah laku seperti didakwa.
Malah, katanya, laporan penyata kewangan terkini telah pun diaudit dan disahkan oleh ROS.

