Malaysiakini
BERITA

Mahkamah tolak permohonan UKM minta RM50k dari siswa

Alyaa Azhar

Diterbitkan
Dikemaskini 19 Apr 2017, 4:03 pagi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk memaksa aktivis pelajar, Asheeq Ali Sethi Alivi membayar RM50,000 terhadap kos jaminan.

UKM meminta RM50,000 daripada Asheeq sebelum mahkamah mendengar permohonan saman daripadanya untuk mencabar keputusan universiti itu menggantung beliau.

"Alasan mereka ialah mereka bimbang jika dia kalah dalam kes itu dia tidak boleh membayar kos," kata peguam Asheeq, A Surendra kepada pemberita selepas pendengaran hari ini.

"Jika dia tidak boleh bayar RM50,000 sebelum perbicaraan, bermakna pendengaran itu tidak akan diteruskan," katanya.

Hakim S Nantha Balan, yang mendengar kes itu di dalam kamar, bagaimanapun menolak permohonan itu kerana saman Asheeq terhadap UKM melibatkan "kepentingan awam".

"(Dan) itu melibatkan soal perlembagaan yang penting dan terdapat isu-isu serius untuk dibicarakan, beliau (hakim) memutuskan bahawa permohonan ini adalah satu usaha untuk menyekat tindakan utama dan atas alasan itu dia menolak," kata Surendra.

Mahkamah juga mendapati bahawa tidak ada bukti nyata bahawa anak guamnya tidak akan dapat membayar kos itu jika kalah kes tersebut, katanya.

Surendra juga mengesahkan bahawa anak guamnya itu kemudian dianugerahkan RM3,000 sebagai kos.

Perbicaraan bagi pelajar undang-undang tahun tiga UKM itu akan berjalan pada 19 Mei dan akan didengar bersama-sama saman difailkan empat pelajar Universiti Malaysia (UM4) terhadap universiti mereka.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 27 Disember tahun lalu, pelajar terbabit menyatakan mereka didapati bersalah menyertai perhimpunan Tangkap MO1 di Kuala Lumpur Ogos lalu.

Tiga daripada mereka dikenakan denda dan digantung, sementara seorang lagi dibebaskan dengan denda.

Asheeq digantung satu semester dan didenda RM200 kerana terlibat dalam perhimpunan tersebut.

[Baca berita penuh]

 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.